Sunday, 21 September 2008

KENALI ALUMNI DESS 1970-1975

MENGAPA DAN BAGAIMANA ALUMNI DESS INI DITUBUHKAN

Sejarah Penubuhan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan salam sejahtera... sempena bulan Ramadan al Mubarak yang mulia ini terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat berpuasa. Walaupun bulan Ramadan sudah hampir meninggalkan kita namun saya rasa masih relevan jika saya mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi Allah ini.

Nampaknya kita cuma tinggal kira-kira lapan hari sahaja lagi bagi menyambut musim perayaan. Jadi bila sudah hampir raya saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Mengenai penubuhan Persatuan Alumni DESS ini sudah pasti akan menimbulkan debat yang hangat dan tandatanya bagaimanakah ia ditubuhkan dan mengapa hanya bekas pelajar Dungun English Secondary School (DESS) @ Sekolah Menengah Inggeris Dungun (SMID) @ Sekolah Menengah Sultan Omar Dungun (SMSO) tahun 1970 - 1977 sahaja yang menggangotainya.

Sebenarnya sudah acap kali saya dengar bekas pelajar-pelajar DESS/SMSO mengadakan pertemuan di Hall SMSO. Tetapi yang terkilannya jemputan tidak menyeluruh dan hanya tertumpu kepada bekas pelajar tertentu saja. Ini yang menjadi tandatanya mengapa ia jadi begitu dan siapa pula penganjurnya?

Kalau hendak menubuhkan Persatuan Alumni DESS secara menyeluruh dan bukannya tertumpu kepada batch tertentu sahaja saya rasa itu satu cadangan yang baik tetapi nampaknya cadangan itu hanyalah seperti "hangat-hangat tahi ayam" sahaja.

Buat kali pertama dan terakhir saya pernah dijemput menyertai satu perhimpunan bekas pelajar DESS/SMSO secara mega yang diadakan di Kelab Golf Desa Dungun pada 19 Februari 2007. Sempena pertemuan itu dilangsungkan juga Pertandingan Golf Tertutup. Hostnya adalah Samduddin Ismail dan Normala Yusof. Sayabas...

Pada pertemuan itu semuanya nampak ceria dengan kehadiran bekas pelajar Melayu, Cina dan India. Ada di antara mereka yang hadir itu telahpun meninggalkan DESS/SMSO hampir-hampir dan lebih 40 tahun. Oh hebatnya...

Tak kisahlah yang pentingnya ceria-ceria belaka. Pada pertemuan di Kelab Golf Desa Dungun itu seorang demi seorang mulalah membongkar rahsia nostalgia sehingga ada yang ketawa terbahak-bahak dan ada juga tak kering gusi berceloteh...

Tetapi selepas itu di mana mereka? Di mana penganjurnya? Saya banyak mengambil gambar pada majlis tersebut dan menghantarnya kepada Normala Yusof di Kuala Lumpur. Beliau kata gambar berkenaan akan dimuatkan ke dalam Laman Web Alumni DESS yang akan diselaraskan oleh George. Sampai le ni web tak muncul-muncul...

Jadi soalan mengapa dan banagimana Persatuan Alumni DESS 1970-1977 ini diwujudkan pasti sudah terjawab secara ringkasnya. Saya memang menjangkakan isu ini akan timbul terutama di kalangan bekas pelajar DESS / SMSO selepas 1977...

INISIATIF

Setelah sekian lama terpisah hubungan di antara bekas pelajar Dungun English Secondary School bagi tahun 1970 - 1977 maka timbullah rasa rindu sangat dan ingin berjumpa dengan orang yang pernah menjadi rakan sepermainan sewaktu di bangku sekolah.

Oleh kerana tiada follow up daripada penganjur terdahulu maka batch 1970-1975 mengambil inisiatif bagi menghimpunkan bekas member-member DESS tahun akhir 1975 sahaja. Idea ini dicetuskan oleh YM. Tengku Yusof. Beliau berberapa kali menyatakan hasrat yang murni ini dan akhirnya cetusan idea tersebut termakbul pada tahun 2001 di mana kami berjaya menghubungi YM. Che Ku Zainal, Amri, Jahabar, Mohd. Noor, Sadakuma dan Aisyah.

Oleh kerana rindu yang teramat sangat kepada geng-geng bekas sekolah maka kami mengadakan pertemuan secara tidak rasmi di Hotel UiTM Dungun. Di situ kami berbincang dengan hangat sekali bagimana hendak menghimpunkan geng-geng lama. Ada juga yang bertanya adakah perlu Persatuan Alumni DESS diubuhkan. Semua yang hadir senyap seketika dan selepas itu barulah timbul idea-idea yang baik untuk dicadangkan.

Tetapi yang menjadi masalahnya ialah bagaimana hendak menghubungi mereka itu. Majlis pertemuan itu terhenti buat seketika macam malaikat lalu sambil menikmati makanan yang sudah terhidang di hadapan. Kami memikirkan macam mana hendak menghubungi mereka yang tinggal jauh-jauh dan `Lost In Action'.

Oleh itu, kami terus melantik jawatankuasa sementara bagi mengempalai persatuan ini. Hasil detik pertemuan itu salah seorang daripada kami mencdangkan YM. Tengku Yusof sebagai Presiden dan kami bersetuju dengan idea baik itu. Maka dengan itu secara sahnya TY telah dilantik sebagai Presiden sementara.

Oleh kerana teringin sangat berjumpa dengan geng-geng lama maka kami melantik Mohd. Noor Hussin sebagai Timbalan Presiden, Amri (Setiausaha), Aisyah (Bendahari), Che Ku Zainal (Penyelaras Kuala Dungun) dan Sadakuma (Penyelaras Wanita)dan Jahabar sebagai Pegawai Perhubungan.

Berkat kesabaran dan doa maka hasrat kami itu dimakbulkan oleh Allah SWT dan pada 26 Mac 2002 kami berjaya mengadakan perhimpunan yang pertama di Hotel UiTM Dungun. Pada pertemuan itu adalah kira-kira 15 orang yang hadir. Tak apalah asalkan boleh menghimpunkan mereka sudah cukup puas...

Selepas itu pada 9 September 2006 satu lagi perjumpaan diadakan di rumah Mohd. Noor Hussin. Perjumpaan kali ini agak unik kerana bekas pelajar DESS tahun 1976/1977 pun dijemput sama. Kehadiran nak dikatakan ramai sangat tidaklah tapi memadai kerana mereka yang hadir pada hari itu tidak hadir pada pertempuan pertama di Hotel UiTM. Maklumlah ada yang tinggal di Kuala Lumpur dan masing-masing sudah berkeluarga.

Terima kasih kepada Md.Noor dan Rubiah kerana bersusah payah menyediakan tempat dan kesungguhan itu mencerminkan bahawa kita semua adalah satu tujuan...

Pada 28 Oktober 2006 satu lagi pertemuan diadakan di kediaman tuan Presiden di kuarters UiTM, Sura Hujung. Pertemuan ini bukanlah pertemuan biasa tapi pertemuan Hari Raya Aidilfitri yang ketiga.

Ramai yang hadir pada hari itu tidak menghadiri pertemuan pertama dan kedua. Wan Razak ada, Hamid Hamzah ada, Manan Cina ada, ah malas nak tulis doh tengoklah sendiri gambar-gambar melalui galeri.

Tahun ni kita bercadang untuk mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada hari raya keempat bertempat di kediaman TY. Tapi TY dan famili akan ke Beijing pada hari raya kelima dan beliau minta maaf sebab tak sempat menyediakan tempat. Tak apalah Pengarah Kampus UiTM Terengganu memang sibuk kita faham. Kita membuat keputusan gathering tetap di adakan di kediaman Jahabar Hameed.

Selepas itu, banyak sms dihantar kepada member-member tetapi hanya segelintir sahaja yang memberi jawapan dan jawapan tersebut TIDAK DAPAT HADIR... tak apalah kita tak boleh paksa sebab masing-masing berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab...

Mengenai Persatuan Alumni DESS ni macam mana kedudukannya? Takkan tak mahu tubuh secara rasmi melalui ROS. Draf perlembagaan sudah siap cuma tunggu nak mengadakan perhimpunan untuk dibentangkan. Jika kita berjalan dengan baik Allah akan membantu kita, insya Allah...

Biarlah group kita menjadi penganjur penubuhan rasmi PERSATUAN ALUMNI DESS. Kita tak kisah sesiapa sahaja boleh menyertai alumni ini dan bukannya terhad kepada batch 1970-1977 sahaja.

Mengenai terbinanya Laman Blog ini saya amat berharap agar semua bekas pelajar DESS / SMSO dapat melayarinya dan sebarkan kepada rakan-rakan. Ini adalah inisiatif saya dan tiada sesesiap yang menyuruhnya. Banyak gambar yang dirakam saya abdikan di dalam laman ini. Oleh itu jika anda pernah menyertai aktiviti Alumni DESS/SMSO pasti gambar anda ada di laman ini.

Sekian. Buatlah komen yang bernas demi memajukan hasrat kita semua...

SELAMAT MENUBUHKAN PERSATUAN ALUMNI DESS

No comments: